Pegang Cawan Guna Dua Tangan, Trump Cetus Kebimbangan Kemungkinan Gejala Demensia?

Posted on

PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump, mencetuskan kebimbangan rakyat negara itu apabila dilihat memegang cawan dengan dua belah tangan ketika berucap di White House, pada Isnin.

Trump ketika itu menyampaikan ucapan berkenaan strategi keselamatan kebangsaan, sebelum berhenti seketika untuk minum air.

Tidak seperti kebiasaannya, Trump mengambil cawan menggunakan dua belah tangan, seperti yang biasa dilakukannya oleh kanak-kanak.

Laman sosial Twitter terutamanya, dibanjiri pelbagai komen ‘mendiagnosis’ keadaan Trump itu sebagai simptom awal penyakit demensia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *